August 8, 2020

Hearts App – Konten

"GENGGAMLAH DUNIA DI ANGAN, JANGAN DI DALAM HATI"

Satu lagi komik keluaran terbaru daripada Buku Puris hasil daripada adaptasi buku Hearts App yang dikarang oleh Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Komik berkonsepkan santapan dan tarbiah rohani ini memberi pendekatan dakwah kepada para pembaca semua, dengan gaya dan mesej penyampaian yang santai komik ini adalah satu daripada contoh dan cara dakwah untuk membangkitkan jiwa rohani si pembaca.

Kalam-kalam dan ungkapan para guru dan masyaikh daripada buku Hearts App yang kebanyakannya menjurus kepada pendisiplinan hati serta rohani dalam membentuk jiwa dan diterjemahkan kedalam betuk komik. 

Sebagaimana buku asalnya, semoga komik ini akan dapat menjadi penawar bagi hati dan penunjuk jalan menuju Allah ‘Aza wa Jalla.

Kalam yang dipetik dan dimasukkan kedalam komik ini adalah semuanya daripada buku karangan Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari sendiri, anda dah baca Buku Hearts App ini? kalau dah anda memang wajib dapatkan komik Hearts App !