JOM MERDEKA DAN HIJRAHKAN DIRI UNTUK TIDAK LAGI JADI PENGIKUT SYAITAN

Komik ini adalah karya asal PAK CIK BAD seorang pelukis lejen.
Beliaulah yang melukis KOMIK GODAAN SYAITAN di bawah Majalah Asuh sejak tahun 1997.

Karya KOMIK GODAAN SYAITAN mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca kanak-kanak sekolah dan ibu bapa sendiri yang memilih komik ini sebagai pilihan bacaan untuk anak-anak di rumah.
.
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan dan Maal Hijrah yang bakal menjelma ini, Buku Puris + Asuh ingin nak bagi hadiah semua kepada anda untuk memiliki koleksi-koleksi Komik Hasutan Syaitan ini dengan harga yang sangat istimewa!
.
Sebelum ni anda mungkin memiliki satu atau dua buah buku Komik Syaitan sahaja, kali ini anda berpeluang memiliki SEMUA koleksi Komik Hasutan Syaitan dengan harga borong yang jauh LEBIH MURAH!

“Pernahkah kita terbayang dunia yang kita duduki ini tanpa ada iblis dan syaitan? Wah, tentulah aman dan tenteram, kan? Kenapa Allah ciptakan iblis dan syaitan?”

“Aku datang untuk membantu, kau pasti selamat… Okey, sekali ini saja aku ikut cakap kau.
Ha ha ha… bagus. Kalau mahu selamat, kau sujud kepadaku di dalam hatimu.”

“Akhirnya, rahib muda mati kelemasan di usia yang sangat muda. Mati bergelumang dosa besar. Mati? Ya, mati! Siapa kata umurnya 100 tahun? Yang percaya sangat cakap syaitan tu siapa suruh?”

“Itulah sebab aku selamatkan kau. Aku tak mahu kau mati syahid dan terus masuk syurga! Setiap Mukmin yang mati syahid adalah bencana bagi aku! Aku mengharapkan kau panjang umur dan mengharapkan kau mati dalam suul khatimah dan masuk neraka.”

Okay kami bagi “Teaser” sikit sinopsis dalam karya terbaru Dunia Tanpa Syaitan hehe nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan kombo ini!