3 Komik ini adalah adaptasi daripada novel seram PULANGKAN KEMBAR PUAKA.

KOMIK PULANGKAN

Penulis: Kayy Mann & At-Thufail

Tebal: 112 ms

Harga: RM10.00/RM12.00

 

SINOPSIS

Kisah Haikal, seorang top seller MLM yang memiliki segala-galanya yang diimpikan oleh setiap manusia. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi ramai orang  untuk menyertai syarikat MLM tersebut termasuklah Nazri. 

 

Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang ingin dimakannya itu merupakan sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Pada setiap malam, dia mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan.

 

Haikal mulai sedar dan dihantui oleh rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai syarikat MLM tersebut. Mengapa semua ini berlaku?

 

 

Tentang Penulis:

AT-THUFAIL

Pemilik kepada nama sebenar, Iqraman Tirana Firdaus. Merupakan pendatang baharu dalam industri komik tanah air. Beliau suka dan gemar berkarya, antaranya menulis, membaca dan melukis. Ia dijadikan sebagai rutin hariannya.

 

Komik ini merupakan karya kedua beliau berkolaborasi dengan penulis Kayy Mann di bawah Komik Puris selepas komik bersiri epik Legenda Ruritania dan komik ini merupakan adaptasi novel seramistik Pulangkan Kembar Puaka.  

 

KAYY MANN

Pemilik nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Pernah menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya, majalah Fokus SPM. Merupakan penulis buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

 

Komik ini merupakan karya kedua beliau berkolaborasi dengan pelukis At-Thufail di bawah Buku Puris selepas novelet seramistik Pulangkan Kembar Puaka.  

KOMIK KEMBAR

Penulis: Iz Zunairah   &  Cikgu Mahmud

Tebal: 112 ms

Harga: RM10.00/R12.00

 

SINOPSIS

Azmira, seorang pegawai konservasi, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.

*******

“Alang, memang susah nak diterima akal. Terpulanglah mahu percaya atau tidak. Tapi, aku yakin, makhluk ini keturunan engkau. Sebagai orang tua, engkau terimalah nasihat aku. Ini semua kerja Allah. Qadak dan qadar Allah. Engkau pun orang alim, tentu lebih maklum akan hal ini. Allah hantarkan makhluk ini pasti ada sebab.”

 

 

Tentang Penulis:

CIKGU MAHMUD

Seorang pelukis dan juga seorang ustaz yang menggunakan nama pena Cikgu Mahmud. Bertugas di Madrasah Tahfiz Al Ukhuwwah, Petaling Jaya. Merupakan pelukis freelance dan sering melukis komik dakwah di media sosial seperti di Instagram. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Iz Zunairah di bawah Buku Puris.

 

IZ ZUNAIRAH

Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. 

 

Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti EpistolariSedetik.doc,

Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga. 

Karya ini merupakan karya ketiga bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka dan Rasukan Buaya.

KOMIK PULANGKAN

Penulis: MUS NASMIAN   &  NIK HASMAZI 

Tebal: 112 ms

Harga: TM10.00/RM12.00

 

SINOPSIS

Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya, bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. 

Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan itu adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?

 

 

Tentang Penulis:

NIK HASMAZI

Berkelulusan Diploma Computer Graphic and Design, beliau merupakan seorang pelukis sepenuh masa. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Mus Nasmian di bawah penerbitan Komik Puris.

 

MUS NASMIAN

Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

 

Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka, novel Sumpah Iblis dan komik ini merupakan karya ketiga beliau di bawah Buku Puris.